twitter
rss

Belajar dan terus belajar MEMANAH (dedikasi untuk pemanah muda ip sultan mizan)

Dan sabda Rasulullah Saw:
"Ketahuilah, kekuatan adalah dalam memanah (menombak, menembak)." [Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim dari hadits 'Uqbah bin 'Amir, dalam kitab Al Imarah dengan nomor: 1917]
"Barangsiapa telah belajar memanah [menombak, menembak] kemudian ia melupakannya, berarti ia telah kufur ni'mat." [Hadits ini diriwayatkan oleh Daud, An-Nasai, dan Hakim mensahihkannya serta disetujui oleh Adz-Dzahabi. Seperti tertulis dalam Al Mustadrak 2/95 dari hadits 'Uqbah bin 'Amir. Lihatlah buku kami: Al Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib" juz 1 hal. 361-62]
Rasulallah pernah menyuruh kita mengajarkan anak-anak antaranya kemahiran
berenang, menunggang kuda dan memanah. Apakah memanah itu satu bentuk
keperluan masa sekarang? Apa yang penting ialah nilai daripada kemahiran memanah
seperti ketepatan, ketajaman mata, kekuatan, timing, masa dan disiplin. Inilah nilai
yang diperlukan oleh anak-anak kita. Walaupun begitu, kemahiran berenang adalah
begitu tepat dengan masakini kerana ia menggunakan pergerakan seluruh anggota
badan dan ia merupakan sukan terbaik yang pernah wujud di dunia. Menunggang kuda juga telah terbukti di antara sukan terbaik untuk untuk tubuh badan.


Orang pertama memanah dalam perjuangan fisabillah – Saad bin Abi Waqqas RA

Saidina Umar bin al-Khatab berkata kepada gabenornya: “Maka ajarkan anak kamu berenang, dan memanah dan lalu di hadapan mereka lalu mereka melompat ke atas belakang kuda dengan lompatan yang baik”.

Empat perkara zahirnya seperti sia-sia tetapi ia sunat untuk dikerjakan sebagaimana seperti hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani dengan sandaran yang baik bermaksud: “Sabda Rasulullah : Setiap sesuatu yang bukan daripada mengingati Allah adalah sia-sia atau lalai kecuali empat perkara: Perjalanan seseorang di antara dua tujuan (untuk memanah), dan melatih kudanya, bergurau dengan keluarga dan mengajar orang berenang.”


Memanah:

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: “Sabda Rasulullah: Lemparlah kamu (memanah) dan aku bersama kamu semua memanah.”

FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG.

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)


Riwayat Hidup

1- Syafi’ie merupakan salah seorang tokoh Islam yang terkemuka. Beliau di gelar sebagai BAPA ILMU USUL FIQH lantaran kehebatan dan kebesaran ilmunya yang mendalam dalam bidang tersebut.

2- Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris. Susur galur keturunannya bertemu dengan Rasulullah SAW pada neneknya yang bernama Abdul Manaf.

3- Ibunya bernama Fatimah al-Azadiyah binti Abdullah bin Hassan bin ‘Ali bin Abi Tolib. Imam Syafi’ie di katakan berada dalam kandungan ibunya selama 2 tahun, yang mana ianya berbeza dengan kandungan kita yang biasanya hanya 9 bulan sahaja dalam kandungan ibu. Hal ini suatu perkara yang luar biasa. Hanya Allah jua yang mengetahuiakan setiap ciptaannya.

4- Beliau di lahirkan di Ghazzah, Palestin pada bulan Rejab 150 H bersamaan 767 M. Pada ketika itu, ibu bapanya berpindah dari Mekah.

5- Bapa beliau wafat ketika beliau masih dalam kandungan. Ada yang mengatakan bapanya wafat ketia beliau masih kecil. Tidak berapa lama selepas di lahirkan, Imam
Syafi’ie di bawa ibunya ke Mekah.

6- Beliau di gelar Syafi’ie kerana mengambil sempena nama datuknya Syafi’ie bin Saib.

Kelebihan-Kelebihan Imam Syafi’ie

1- Semasa Imam Syafi’ie masih dalam kandungan, ibunya telah bermimpi keluar bintang dari perutnya dan memancarkan cahaya yang gilang gemilang.

2- Imam Syafi’ie telah dapat menghafaz al-Quran ketika berusia 9 tahun lagi.

3- Beliau juga pandai bersyair dan bersajak. Suaranya merdu ketika membaca al-Quran. Orang yang mendengarnya, pasti akan menitiskan air mata. Para ulamak pada ketika itu selalu berkata “ kalau kami mahu menangis, kami akan pergi menemui pemuda Syafi’ie. Ia akan membaca al-Quran sehingga kami rebah di hadapannya. “ Pada ketika itu, beliau baru berumur 13 tahun.

4- Semasa remajanya, beliau pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Baginda SAW mengusap-usap wajahnya dan berdoa semoga Allah memberkati hidupnya.

5- Imam Syafi’ie belajar dengan tidak pernah makan sampai kenyang selama 16 tahun. Beliau berkata : “ perut yang kenyang memberatkan badan, membekukan hati, menumpulkan akal, dan membanyakkan tidur.”

6- Imam Syafi’ie juga mempunyai daya ingatan yang kuat, disamping itu berakhlak tinggi dan pandai memanah.

Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:

(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)


Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda
“Hendaklah kalian sentiasa berlatih memanah kerana
ia merupakan sebaik-baik lahwun” [HR. Al-Bazzar, At-
Thabrani dan Sa’ad]. Lahwun di sini membawa maksud
Permainan dengan tidak memerhatikan tolok ukur yang benar iaitu
halal dan haram. Permainan ini mempunyai pasukan
tertentu (misalnya 3, 6 atau 11 orang pemain), pelatih,
pengurus pasukan untuk peringkat kampung, mukim,

Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh
Al-Hakim dengan sanad yang sahih: “Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara:
memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri.” Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah siasia
atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik [lihat Al-
Muwaafaqaat, Jilid l, m/s 84].

RASULULLAH S.A.W. PADA MASA GERHANA MATAHARI
Matahari telah gerhana pada suatu hari. Para sahabat telah meninggalkan pekerjaan mereka masing-masing. Kanak-kanak kecil yang sedang berlatih memanah berlari-lari menuju kemasjid untuk mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sembahyang dua rakaat yang sangat panjang sehingga ada orang yang jatuh pengsan. Dalam sembahyang itu Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis sambil berkata:"Ya Tuhanku, engkau telah berkata yang engkau tidak akan menyiksa (umatnya) selagi aku berada bersama mereka dan selagi mereka meminta keampunan engkau."

Rasulullah S.A.W.
"Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada memanah? "

Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: "Aku adalah seorang pemanah." Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya."

Diriwayatkan dari Rasullullah S.A.W. adalah baginda melihat seorang lelaki dari sahabat baginda yang dipanggil dengan gelaran Habib, badannya kurus dan ia pernah menjadi seorang pemanah. Maka bersabda baginda kepadanya, "Apa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?". Dijawab oleh lelaki yang berada di samping Habib, "Dia telah meninggalkan memanah dan kini menumpukan kepada beribadat". Maka sabda Rasulullah S.A.W. :
"Demi Allah, yang mengutuskan aku dengan kebenaran, kerjamu sekarang ini (beribadat) tidaklah lebih utama dari kerjamu yang engkau telah tinggalkan itu (memanah). Oleh itu Habib kembalilah memanah".

Diriwayatkan dari mereka yang dipercayai bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda:
"Sesiapa yang memanah satu anak panah dalam perang sabilillah, sama ada kena pada musuh atau tidak, adalah baginya satu martabat di sisi Tuhannya".

Dari sabda Nabi S.A.W. :
Sesungguhnya malaikat tidak akan hadir dalam permainan kamu yang sia-sia kecuali perlumbaan (pacuan) dan permainan senjata. Serta bersabda Nabi S.A.W.: "Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga" .

Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakhael, sesungguhnya ia telah berkata:
"Busur panah yang ada di rumah merupakan sokongan dalam mengerjakan sembahyang".

Telah bersabda Nabi S.A.W. :
"Memanahlah kamu wahai Bani Ismail, sesungguhnya datuk moyang kamu adalah ahli-ahli pemanah".

Bersabda Nabi S.A.W. ketika dalam peperangan Uhud :
"Panahlah olehmu wahai Saad (Saad bin Abi Waqas), aku pertaruhkan bapa dan ibuku ditanganmu".

"Ajarkan putera-puteramu berenang dan memanah"; hadis riwayat Ath Thahawi.

Berikut ini adalah dalil-dalil hadits Nabi yang menjadi dasar mengapa kita tidak boleh meremehkan amalan Jihad Fi Sabilillah.
1. Rosululloh Shollallohu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya Alloh akan memasukkan ke dalam surga karena satu bilah anak panah: pembuatnya yang ketika membuatnya itu mengharapkan kebaikan, yang membantu memanah dan membidikkannya. Hendaklah kalian memanah dan berkendaraan (kuda) dan memanah itu lebih aku sukai daripada berkendaraan. Setiap permainan yang dilakukan oleh seseorang adalah batil, kecuali: ia memanah dengan busurnya, atau melatih kudanya, atau mencandai istrinya. Dan siapa yang telah dikaruniai ilmu memanah oleh Alloh, lantas meninggalkannya karena tidak menyukainya, maka itu merupakan satu nikmat yang telah dikufurinya.”
(HR. Abu Daud (Al Jihad, no. 2513), An Nasa’i (no. 3146), Ibnu Majah (Al Jihad, no. 2811) dan Ahmad (IV/144)).
2. Rosululloh Shollallohu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang pernah mempelajari memanah, lantas meninggalkannya, maka ia telah bermaksiat kepadaku.”
(HR. Ibnu Majah, no. 2814).

Imam Bukhari (semoga Allah merahmatinya) lahir di Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju'fiy Al Bukhari, namun beliau lebih dikenal dengan nama Bukhari. Beliau lahir pada hari Jumat, tepatnya pada tanggal 13 Syawal 194 H (21 Juli 810 M). Kakeknya bernama Bardizbeh, turunan Persi yang masih beragama Zoroaster. Tapi orangtuanya, Mughoerah, telah memeluk Islam di bawah asuhan Al-Yaman el-Ja’fiy. Sebenarnya masa kecil Imam Bukhari penuh dengan keprihatinan. Di samping menjadi anak yatim, juga tidak dapat melihat karena buta (tidak lama setelah lahir, beliau kehilangan penglihatannya tersebut). Ibunya senantiasa berusaha dan berdo'a untuk kesembuhan beliau. Alhamdulillah, dengan izin dan karunia Allah, menjelang usia 10 tahun matanya sembuh secara total.

Imam Bukhari adalah ahli hadits yang termasyhur diantara para ahli hadits sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai, dan Ibnu Majah. Bahkan dalam kitab-kitab fiqih dan hadits, hadits-hadits beliau memiliki derajat yang tinggi. Sebagian menyebutnya dengan julukan Amirul Mukminin fil Hadits (Pemimpin kaum mukmin dalam hal Ilmu Hadits). Dalam bidang ini, hampir semua ulama di dunia merujuk kepadanya.

Selain terkenal sebagai seorang ahli hadits, Imam Bukhari ternyata tidak melupakan kegiatan lain, yakni olahraga. Ia misalnya sering belajar memanah sampai mahir, sehingga dikatakan sepanjang hidupnya, sang Imam tidak pernah luput dalam memanah kecuali hanya dua kali. Keadaan itu timbul sebagai pengamalan sunnah Rasul yang mendorong dan menganjurkan kaum Muslimin belajar menggunakan anak panah dan alat-alat perang lainnya.


memanah: hadith yang direkodkan oleh Bazzar dan Tabrani dengan sanad yang baik, Rasulullah berkata, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
Faedah
Melatih emosi dan fisik untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan tubuh. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, olahraga ini melatih manusia untuk tenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, ceroboh, pemarah, kurang sabar atau kurang sehat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fisik, olahraga ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fisik dan mental.

walaupun agak sama dengan menembak tapi memanah memiliki perbedaan pada segi kekuaatan fisik..
Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafi’ bin As-Sa’ib bin Ubaid bin Abdi Yazid bin Hasyim bin Al-Mutthalib bin Abdi Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan.
Dari nasab tersebut, Al-Mutthalib bin Abdi Manaf, kakek Muhammad bin Idris Asy-Syafi`ie, adalah saudara kandung Hasyim bin Abdi Manaf kakek Nabi Muhammad shallallahu `alaihi wa alihi wasallam .

Di lingkungan Bani Al-Mutthalib, dia tumbuh menjadi anak lelaki yang penuh vitalitas. Di usia kanak-kanaknya, dia sibuk dengan latihan memanah sehingga di kalangan teman sebayanya, dia amat jitu memanah. Bahkan dari sepuluh anak panah yang dilemparkannya, sepuluh yang kena sasaran, sehingga dia terkenal sebagai anak muda yang ahli memanah.
Di samping itu beliau juga mempelajari keterampilan memanah dan menunggang kuda sampai menjadi mahir sebagai realisasi pemahamannya terhadap ayat 60 surat Al-Anfal. Bahkan dikatakan bahwa dari 10 panah yang dilepasnya, 9 di antaranya pasti mengena sasaran.